Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

PR1MA bina rumah gaya terkini

  • Published in Nasional


FOTO: BERNAMA


KUALA LUMPUR, 14 Januari - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan membina rumah yang menepati gaya hidup masa terkini.

Ini dalam usaha menggalakkan pemilikan rumah untuk generasi muda.

Menurut pengerusinya Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, pemilikan rumah bukan lagi dilihat sebagai pemilikan tempat tinggal semata-mata malah merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan.

"Anak muda walaupun pemilikan aset biasanya untuk yang sudah berkahwin, tetapi kita nak didik supaya anak muda pada hari ini, walaupun masih tidak berkahwin, mereka perlu membeli rumah sebagai aset da pelaburan." Kata Dr. Fathul selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Selain gaya hidup pihaknya juga akan turut mempertimbangkan beberapa faktor yang menjadi tarikan anak muda seperti kemudahan dan juga akses kepada pengangkutan.

Di Selangor sebanyak lima projek PR1MA yang sudah disiapkan dan dua masih dalam pembinaan.

Sementara itu di Kuala Lumpur, PR1MA mempunyai tiga projek dan dua telah disiapkan manakala satu masih dalam pembinaan.