Tuesday, 17 May 2022

3 mayat kejadian banjir lumpur di Bentong, Pahang ditemukan

  • Published in Nasional

BENTONG, 20 Disember - Tiga mayat daripada lima individu yang dipercayai hilang selepas terbabit dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong, Pahang ditemui hari ini.

Dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang hari ini berjaya menemui mayat pertama pada jarak 2 kilometer dari lokasi dipercayai hilang pada jam 1.06 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan memaklumkan, penemuan mayat kedua warga emas ditemukan pada jam 1.20 petang tadi, 100 meter dari lokasi penemuan mayat pertama.

Mayat ketiga berbangsa india, ditemui 100 meter dari lokasi mayat kedua tadi.

Manakala, operasi pencarian mangsa lain yang hilang giat dijalankan.