Tuesday, 18 January 2022

updated 3:46 AM UTC, Jan 18, 2022

JPA perlu buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada profesion teknikal - PM

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 4 Disember - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuka lebih banyak peluang kepada warga profesion teknikal untuk mengisi jawatan strategik dan pembuat dasar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu wajar dirintis bagi merealisasikan perkhidmatan awam berprestasi tinggi melalui pemimpin yang berkepakaran, berinovasi dan berani menghadapi cabaran bersandarkan nilai integriti, akauntabiliti serta ketelusan.

Beliau memberi ucaptama perasmian Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2021, secara maya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan, para pekerja dalam bidang teknikal melengkapkankan diri dengan kemahiran terkini berdasarkan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan.

Selain perlu realistik dengan kemampuan anak-anak Malaysia untuk diberikan pendedahan dan menyumbang kepakaran teknikal ke pentas antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat global.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, bidang teknikal kekal relevan dan terus berkembang luas selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Malah kerajaan telah memperuntukkan RM6.6 bilion melalui BAJET 2022 bagi memperkasa bidang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET).