Logo

COVID-19: Sekolah Seri Puteri Cyberjaya diarah tutup sementara

PUTRAJAYA, 4 Disember - Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, arahan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes COVID-19 dalam kluster tersebut ialah 143 orang, terdiri daripada 114 murid, 19 guru dan 10 kakitangan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.