Logo

Koleksi Batik 'Che Minah Sayang', karya Raja Permaisuri Agong dipamerkan

KUALA LUMPUR, 3 Disember - 3 Disember, diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia.

Sempena sambutannya hari ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Pertunjukan Fesyen Batik Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Program anjuran Yayasan Budi Penyayang (PENYAYANG) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut disiarkan secara maya.

Ia bagi memperkenalkan gaya dan koleksi batik Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.

Terdahulu, Baginda dibawa melawat pameran koleksi batik blok tangan 'Che Minah Sayang', rekaan Baginda sendiri.

Menariknya, setiap karya memaparkan keindahan dan keistimewaan warisan batik negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.