Logo

Program Transformasi Pasar Malam, dilaksanakan tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta

PUTRAJAYA, 3 Disember - Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM25 juta bagi pelaksanaan Program Transformasi Pasar Malam secara berperingkat, mulai tahun depan.

Ia membabitkan 50 tapak pasar malam utama, seluruh negara.

Putrajaya, dijadikan model rintis, sebelum diperluas ke pasar malam di negeri-negeri lain.

Usaha transformasi menekankan aspek kesihatan dan keselamatan peniaga dan pengunjung.

Bagi memastikan kelancaran operasi pasar malam, Marsyal Pasar Malam akan diperkenal, membabitkan usahasama Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.