Logo

Program Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil, melibatkan peruntukan RM48.52 juta

PUTRAJAYA, 3 Disember - RM48.52 juta diperuntukkan bagi Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Peniaga Kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkannya berkata, ia merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil.

Melalui inisiatif itu, Keluarga Malaysia dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil boleh memohon pembiayaan secara syariah dengan kadar keuntungan kosong peratus daripada Bank Rakyat.

Ia boleh digunakan bagi tujuan menambahbaik dan membangunkan semula perniagaan sedia ada.

Beliau memaklumkannya ketika merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 (HPPK 2021) di Putrajaya.

RM100,000 turut disalur kepada Persatuan Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia.

Dengan tema, Keluarga Penjaja dan Peniaga Kecil Pengerak Ekonomi Rakyat', HPPK 2021 diadakan selama 3 hari dan menyasarkan 10,000 pengunjung secara fizikal dan dalam talian.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.