Logo

Mangsa tanah runtuh, selamat dikebumikan petang tadi

TANJUNG PIANDANG, 3 Disember - Mahu mencari pekerjaan baharu.

Itu antara hasrat terakhir jenazah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun, yang meninggal dunia selepas lori dipandunya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.

Allahyarham Muhammad Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Tanjung Piandang, Kuala Kurau, 3.30 petang tadi.

Balu Allahyarham, Norshahida Saidin ketika ditemui RTM berkata, allahyarham pernah meluahkan hasrat untuk menukar pekerjaan.

Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada 5 beradik itu meninggalkan isteri dan anak berusia 2 tahun dan tujuh bulan.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.