Tuesday, 18 January 2022

updated 3:43 AM UTC, Jan 18, 2022

Jumlah kanak-kanak perlu pemeliharaan dan perlindungan menurun 8.2% pada 2020

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Disember - Bilangan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pada 2020 menurun 8.2 peratus kepada 5,858 orang berbanding 6,382 orang pada 2019.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, keutamaan adalah memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terus dipelihara.

Statistik dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (CODM) juga menunjukkan lebih ramai kanak-kanak perempuan memerlukan penjagaan dan perlindungan iaitu 63.3 peratus berbanding lelaki 36.7 peratus.

Manakala berdasarkan statistik penduduk tahun ini, kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dianggarkan berjumlah 9.13 juta iaitu 28.0 peratus.

Sementara itu, Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun iaitu 37.2 peratus diikuti Terengganu 35.6 peratus dan Kelantan 34.7 peratus.

Pulau Pinang pula merekodkan peratusan terendah iaitu 22.6 peratus dengan bilangan kanak-kanak lelaki lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan.