Thursday, 20 January 2022

updated 1:03 AM UTC, Jan 20, 2022

Penjenamaan baharu HRD Corp, sebagai agensi Pusat Program Modal Insan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia, HRD Corp.

Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu bakal berperanan sebagai agensi pusat untuk semua program pembangunan modal insan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, semua latihan peningkatan kemahiran diletakkan di bawah kementerian Sumber Manusia dan dikendalikan oleh agensi berkenaan bagi mengelak pertindihan fungsi.

Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Jenama HRD Corp dan Platform Sehenti Nasional di ibu negara.

Platform bersepadu ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat dn memohon program pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan.

Platform ini yang dijangka diakses lebih sejuta pengguna tahun hadapan menawarkan 5,000 kursus.

HRD Corp atau dikenali sebagai Human Resources Development Fund HRDF sebelum ini, berfungsi mengumpul kutipan levi daripada majikan berdaftar dan mengeluarkan geran latihan.

Untuk tahun ini, kutipan levi melebihi 673 juta dan dijangka meningkat kepada 680 juta menjelang akhir tahun.