Thursday, 20 January 2022

updated 1:02 AM UTC, Jan 20, 2022

Tanah runtuh, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands ditutup sementara

  • Published in Nasional

SIMPANG PULAI, 2 Disember - Sebuah kenderaan dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Higlands, Ipoh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Shaharudin Tuan Ali ketika dihubungi RTM Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 1.44 petang

Kejadian tersebut menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua kenderaan.

Operasi menyelamat kini sedang dijalankan.