Thursday, 20 January 2022

updated 3:03 AM UTC, Jan 20, 2022

Raja Perlis titah semua pihak hentikan aktiviti ancam kesejahteraan masyarakat

  • Published in Nasional

ARAU, 2 DISEMBER - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan agar semua pihak berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat.

Keutamaan mestilah diberikan sepenuhnya kepada pembangunan masyarakat dan negara, manakala sebarang pertelagahan mahupun pertelingkahan yang dapat meruntuhkan benteng perpaduan masyarakat termasuk melalui media sosial perlu dihentikan sepenuhnya.

Titah baginda, inilah masanya untuk kita manfaatkan ilmu dan pengetahuan agar dapat keluar seberapa segera dari kemelut yang ada serta yakin semua rakyat mampu melakukannya dan sama-sama memainkan peranan dalam memerangi COVID-19.

Demikian titah Tuanku Syed Sirajuddin ketika menyempurnakan Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan di Balai Menghadap Hijau Istana Arau.

Berangkat sama mengiringi baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor USM ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Antara Penerima Ijazah Kehormat, Gelaran Profesor Emeritus dan Emerita serta Pemenang Pingat Emas Canselor kali ini adalah Dr. David Lacey, Datuk Wira Lee Chong Wei, Datuk Dr. Asma Ismail, Dr. Zahri Ismail dan Khaw Teng Kang.