Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Layanan sama rata kepada doktor pakar bukan klinikal dengan kelayakan Ikhtisas

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Kementerian Kesihatan memberi layanan sama rata kepada doktor-doktor pakar bukan klinikal dengan kelayakan ikhtisas yang diiktiraf kerajaan.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan Dua, Datuk Aaron Ago Dagang ini meliputi layanan adil dari segi penggajian dan kenaikan pangkat sama seperti doktor-doktor pakar klinikal.

Berhubung jumlah pakar perubatan, Datuk Aaron Ago berkata daripada 6,066 orang; 6,042 orang adalah pakar perubatan lantikan tetap manakala 24 orang adalah pakar perubatan lantikan kontrak.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju.