Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

97% populasi dewasa lengkap vaksinasi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 2 Disember - Setakat 11.59 malam tadi. 97% atau 22.69 juta individu dewasa di Malaysia, telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4% atau 23.03 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2% atau 2.71 juta populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi masing-masing, manakala 89.8% atau 2.82 juta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.