Thursday, 20 January 2022

updated 2:39 AM UTC, Jan 20, 2022

100 hari pertama, pemangkin penyediaan perkhidmatan terbaik buat rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Tempoh 100 hari pertama bagi setiap kementerian perlu dijadikan pemangkin penyediaan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengakui, tempoh itu perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha melahirkan kerajaan berprestasi tinggi.

Jelasnya, tempoh 100 hari itu juga bukan penanda aras akhir menilai kemampuan setiap kementerian mencapai sasaran seperti ditetapkan.

Tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri turut serius dalam usaha memastikan kerajaan mencapai aspirasi seperti yang digagaskan dalam Keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KKMM di Angkasapuri.