Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PERKESO perkenal skim ansuran tanpa faedah bayar insurans kenderaan penjawat awam

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 24 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) memperkenal aplikasi digital Skim MyezyCover iaitu pembelian takaful (insurans) kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta patuh syariah.

Pembiayaan bernilai RM100 juta itu memberi manfaat kepada lebih 1.6 juta penjawat awam dan golongan sasar daripada sektor swasta dengan keutamaan diberi kepada kumpulan B40.

Jelas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan, Skim MyezyCover melibatkan pembelian takaful kenderaan secara ansuran serendah RM50 sehingga 10 bulan menerusi potongan gaji oleh Angkasa.

Skim MyezyCover merupakan kerjasama Perkeso bersama A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH) dan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB).