Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

5,755 kes baharu COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 November - Negara merekodkan 5,755 kes baharu COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan, daripada jumlah berkenaan, 101 kes adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 5,654 kes lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes import pula sebanyak 23 kes baharu dicatatkan dengan melibatkan 15 warganegara dan 8 warga asing.

Sebanyak 5,082 kes sembuh baharu turut dicatat hari ini.

Dalam pada itu, 8 kluster baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes kluster masih aktif sebanyak 234 kluster.