Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Suami atau bekas suami culas beri nafkah, bakal berdepan sekatan akaun bank

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 November - Suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan akaun bank.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Akaun bank akan disekat sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka yang tertunggak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Halal Kebangsaan 2021 di Putrajaya.