Saturday, 4 December 2021

updated 8:37 AM UTC, Dec 4, 2021

RUU Syarikat (Pindaan) 2021, penambahbaikan sedang diperhalusi

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang menyediakan dan memperhalusi Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2021 untuk memperkasa kerangka perundangan sedia ada.

Ia berkaitan rehabilitasi korporat untuk membantu syarikat yang berhadapan masalah kewangan. 

Pindaan sekaligus memantapkan peranan SSM bagi membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan mampu terus berdaya saing memasuki rehabilitasi dengan pemiutang.

Antara kepentingan pindaan ialah menambahbaik peruntukan berkaitan skim perkiraan atau kompromi dengan prosedur lebih efisien.

Ia membolehkan syarikat mendapatkan perintah halangan daripada tindakan penggulungan atau perundangan oleh pemiutang.

SSM juga sedang melaksanakan pindaan RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2021 (RUU PLT). 

Pindaan dicadangkan antaranya bagi memperkenalkan seluruh kerangka mekanisme penyelamat korporat dalam Akta Syarikat 2016 dan pindaan berkaitan yang turut terpakai ke atas Perkongsian Liabiliti Terhad.

Datuk Seri Alexander menjawab pertanyaan wakil Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.