Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

140 penduduk daripada 36 keluarga masih di PPS Pendang

  • Published in Nasional

PENDANG, 26 Oktober - Seramai 36 keluarga melibatkan 140 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Kapten Saifuddin Abdullah berkata, mereka merupakan penduduk dari Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin, Kampung Tanah Merah Dalam, Kampung Sukamari dan Kampung Batu 16.

Turut terlibat lima penduduk dari Kampung Seberang Pendang dalam Mukim Padang Pusing, 10 penduduk dari Kampung Tok Pauh dan Kampung Alor Ali dalam Mukim Bukit Raya serta lima penduduk dari Kampung Tok Sedau dalam Mukim Padang Peliang.