Logo

Kedutaan bantu promosi filem tempatan

IPOH, 26 Oktober - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk mempromosi filem tempatan ke luar negara.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, filem berpotensi akan dihantar ke setiap kedutaan untuk ditayang di negara masing-masing.

Perkara tersebut juga telah mendapat persetujuan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Mamat Khalid di Ipoh, Perak.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.