Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dibuka kepada semua negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dibuka kepada semua pelancong tanpa dihadkan kepada mana-mana negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu diambil susulan prosedur ketat yang akan dilaksana bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 di pulau pelancongan itu.

Tambahnya, perkembangan di Langkawi ini akan menjadi model untuk meneliti kelakuan pelancong dalam membantu membendung penularan COVID-19.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan dan Sumbangan kepada 15 Badan Bukan Kerajaan dan 20 Penggiat Seni di ibu negara.