Saturday, 4 December 2021

updated 8:53 AM UTC, Dec 4, 2021

Teknologi pendigitalan tarik golongan muda ceburi sektor Agromakanan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - penglibatan golongan muda dalam sektor agromakanan perlu dipertingkat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yakin, teknologi pendigitalan dalam sektor ini mampu menarik minat golongan belia menceburi sektor berkenaan.

Penggunaan teknologi yang meluas juga dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti serta kuantiti hasil tanaman sekali gus meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 di ibu negara.