Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Berita palsu dikawal undang-undang sedia ada selepas pengungkaian Ordinan Darurat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Penularan berita palsu akan terus dikawal menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada selepas pengungkaian Ordinan Darurat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengungkaian Ordinan Darurat juga tidak menghalang siasatan kes serta prosiding mahkamah.

Menurut beliau, sepanjang penguatkuasaan ordinan itu, tiada sebarang kompaun berita palsu dikenakan kerana kekangan peruntukan.

Namun ada kes yang dibawa ke mahkamah dan didenda.

Tan Sri Annuar berkata, sepanjang penguatkuasaan ordinan tersebut antara 12 Mac hingga 21 Oktober, sebanyak 30 kertas siasatan dibuka.

Daripada jumlah itu, 26 kes telah iaitu 12 kes telah dituduh dan 14 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Kawalan penularan berita palsu boleh diteruskan menggunakan Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1984, Akta 15 dan Akta Fitnah 1957.