Logo

Perdana Menteri ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN serta sidang berkaitan.

Sidang dipengerusikan Brunei itu berlangsung esok sehingga Khamis dan diadakan menerusi sidang video.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-38, Perdana Menteri bersama pemimpin negara anggota akan membincangkan hala tuju ASEAN terhadap inisiatif berkaitan COVID-19.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-39 pula, mereka akan bertukar pandangan mengenai hubungan serantau dan antarabangsa.

Para pemimpin ASEAN juga dijangka hadir Sidang Kemuncak ASEAN+1, ASEAN+3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur bersama pemimpin dunia lain.

Perdana Menteri turut dijadual mempengerusikan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-13.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.