Logo

Bantuan Kehilangan Pendapatan : Manfaatkan individu hilang pendapatan, mula disalurkan esok

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Bantuan RM500 sekali bayar diberi kepada individu yang hilang pekerjaan tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) itu akan diberi mulai esok.

BKP diberi kepada 870,000 individu layak berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bantuan melibatkan kos RM434 juta.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat menerusi Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.