Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Kempen Jom Semak komitmen kerajaan tambah baik ekosistem peraturan negara

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Kempen Jom Semak diyakini mampu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menambahbaik ekosistem peraturan negara.

Itu pandangan Ketua Setiausaha Negara ,Tan Sri Mohd Zuki Ali terhadap program anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tersebut.

Menurut Tan Sri Mohd Zuki, program yang berlangsung sepanjang Oktober ini hingga Julai 2022 itu meliputi penghasilan dan penguatkuasaan peraturan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan semasa.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran secara maya Kempen Jom Semak oleh MPC, hari ini.