Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PRU DUN Sarawak ke-12: Antara Intipati Perbincangan bersama Ketua Mentari Sarawak

  • Published in Nasional

KUCHING, 22 Oktober - Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Undangan Negeri, DUN Sarawak Ke-12 antara perkara yang dibincangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pagi tadi.

Tan Sri Annuar bagaimanapun menegaskan, pengumuman mengenai perkara tersebut hanya boleh dibuat oleh Kerajaan Sarawak.

Tan Sri Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke sebuah pusat tenunan dan kraftangan iaitu 'Tanoti House' di Jalan Tabuan Kuching.

Tempoh penggal DUN Sarawak telah tamat pada 6 Jun lepas.

Bagaimanapun, PRU DUN Sarawak digantung di bawah Ordinan Darurat sehingga 2 Februari tahun depan.

Desas desus kemungkinan PRU DUN Sarawak akan diadakan lebih awal hangat diperkatakan akhir-akhir ini, namun Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyatan semalam memaklumkan, tiada sebarang mesyuarat yang dihadiri oleh Datuk Patinggi Abang Johari berhubung pembubaran DUN Sarawak.