Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Radio Amatur: Talian bantu hubungkan kawasan banjir, terputus hubungan

  • Published in Nasional

DUNGUN, 22 Oktober - Tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Hulu Dungun, Terengganu akan dilengkapi sistem talian radio amatur bagi memudahkan proses komunikasi sebagai persediaan menghadapi musim banjir.

Inisiatif sebagai persediaan awal dan alternatif kerana kawasan kampung terbabit sering mengalami gangguan terputus talian telekomunikasi setiap kali berlakunya banjir.

Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu, Skuad 999 dan Pejabat Daerah Dungun mengambil inisiatif ini bagi meningkatkan sistem komunikasi di kawasan pedalaman terjejas banjir sekaligus memudahkan segala urusan pemindahan dan penghantaran bantuan.

PPS terlibat ialah Kampung Minda, Jongok Batu, Kampung Shukor, Pasir Raja, Tepus, Rantau Panjang dan Kuala Jengai yang sering terputus hubungan.

Peralatan dikendali Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang akan berhubung terus dengan bilik gerakan bencana banjir daerah.

Pemasangan sistem komunikasi ini hanya bersifat sementara sehinggalah keadaan pulih sepenuhnya.

Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu mempunyai 250 ahli yang menguruskan sistem komunikasi radio amatur di setiap kawasan terjejas bencana.