Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Penyebaran berita palsu, 324 kertas siasatan dibuka

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Sejak 18 Mac 2020 hingga 10 Oktober lalu, polis telah membuka 324 kertas siasatan membabitkan kes penyebaran berita palsu atau berita yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

Daripada angka itu, 50 kes telah dituduh di mahkamah.

131 kes lagi diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut, manakala 7 kes sebagai Kertas Untuk Simpanan.

Sementara baki 136 kes masih disiasat.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Senator Muhammad Zahid Md Arip.