Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, perkasa pengurusan dan kesiapsiagaan risiko bencana negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Oktober - Penggubalan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan akan dapat memperkasa pengurusan dan memperhebat kesiapsiagaan risiko bencana negara.

Ia juga dapat meningkatkan pelaburan dalam inisiatif pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan institusi, perluasan langkah mitigasi dan aplikasi teknologi.

Antara usaha yang digariskan adalah menanam kesedaran dalam kalangan seluruh keluarga malaysia berhubung risiko bencana dengan Penerbitan Dokumen Daftar Risiko Kebangsaan (NRR) untuk orang awam oleh NADMA.

Dokumen yang disediakan dengan kerjasama rakan strategik NADMA, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia itu akan dilancarkannya Khamis depan.