Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Rakyat Malaysia ditahan di Australia bukan keldai dadah

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 21 Oktober - Bukit Aman sudah berhubung dengan Polis Persekutuan Australia berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razaruddin Husain bagaimanapun menolak dakwaan rakyat Malaysia yang menyeludup dadah ke Australia sebagai keldai dadah.

Suspek berusia 38 tahun itu memasuki Australia sejak Januari tahun lepas.

Siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia.

Ahad lalu, pihak berkuasa Australia menahan seorang rakyat Malaysia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

Dadah berkenaan ditemukan dalam kontena membawa Jubin dari Malaysia ke Melbourne.