Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Kementerian Perpaduan Negara nafi iklan ratusan kekosongan jawatan Guru Tabika

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 17 Oktober - Kementerian Perpaduan Negara menafikan siaran iklan menawarkan peluang ratusan kekosongan jawatan Guru Tabika yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia susulan satu iklan yang disiarkan di dalam Facebook bertajuk 'Semakan Dan Permohonan Online' itu.

Ia menggunakan gambar dan nama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai hiasan utama poster.

Kementerian itu menjelaskan, iklan khas berkaitan enam kekosongan jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29 telah disiarkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 11 Oktober lepas.