Logo

PRN Melaka tidak akan jejas operasi sekolah

AYER KEROH, 17 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak akan menjejaskan operasi sekolah yang bakal dibuka tidak lama lagi di negeri terbabit.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan mempunyai pendekatan bersesuaian jika institusi sekolah digunakan untuk urusan PRN berkenaan.

Namun, ia tertakluk kepada keputusan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan persediaan pembukaan semula Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.