Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

Kerajaan lancar pakej peranti, akses internet kepada golongan kurang berkemampuan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Dengan bayaran serendah RM10 sebulan, pelajar dan golongan kurang berkemampuan kini boleh menikmati perkhidmatan internet pantas dan menaik taraf peranti pintar secara percuma.

Kemudahan terbabit boleh dinikmati menerusi Pakej Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, dua pakej itu diperkenal hasil kerjasama dengan syarikat telekomunikasi.

Bagi Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula, pengguna boleh menaik taraf peranti pintar secara percuma.

Permohonan inisiatif enam bulan itu dibuka esok.

Tan Sri Annuar ditemui selepas melancarkan pakej berkenaan di Putrajaya.