Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Kaedah Perisikan Manusia antara strategi patahkan serangan Kumpulan Abu Sayyaf di perairan Sabah

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Kaedah Perisikan Manusia antara strategi yang digunakan bagi mematahkan serangan Kumpulan Abu Sayyaf di perairan Sabah.

Sejak tahun 2020, sebanyak tujuh kali ancaman kumpulan tersebut digagalkan menerusi kaedah interaksi sosial.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said menjelaskan, strategi tersebut dijayakan dengan kerjasama masyarakat setempat bersama-sama anggota polis.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Bashir Alias.

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius aspek keselamatan perairan negeri itu.

Justeru, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati berkerjasama dengan Kumpulan Abu Sayyaf.