Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

PRN Melaka: Mesyuarat khas SPR Isnin ini

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 pada 18 Oktober ini di Melaka.

Ini disahkan Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi satu kenyataan.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan beberapa tarikh penting PRN itu.

Ia termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

4 Oktober lalu, empat ADUN Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sekali gus membawa kepada pembubaran DUN dan memberi laluan kepada PRN diadakan.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka perlu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.