Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

OSHMP25 pacu pembentukan budaya kerja selamat, sihat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Oktober - Tujuh teras digariskan dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25).

Ia menjadi pemacu kepada pembentukan 'Budaya Kerja Selamat dan Sihat', serta membantu meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelan jangka sederhana itu dirangka dengan mengambil kira senario pekerjaan kini yang berubah, susulan cabaran persekitaran global yang semakin kompetitif akibat pandemik COVID-19.

Beliau berucap melancarkan OSHMP25 secara maya, hari ini.