Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Mesyuarat MKT UMNO, bincang situasi politik 14 Oktober ini

  • Published in Nasional

KLEBANG, 11 Oktober - Satu mesyuarat akan diadakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 14 Oktober depan bagi membincangkan situasi politik di Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembentangan cadangan akan dilaksanakan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin UMNO di Klebang, Melaka.

Ditanya mengenai keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap keputusan tidak mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), beliau berkata keputusan itu bukan di tangan Presiden sebaliknya memerlukan perbincangan antara MKT.