Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Operasi mengesan empat pemancing dihentikan selepas tiada petunjuk baharu

  • Published in Nasional

SANTUBONG, 10 Oktober - Di Sarawak pula; Pusat Operasi mengesan empat pemancing tempatan serta seorang tekong yang tidak balik sejak 2 Oktober lalu di Santubong DITUTUP, PETANG SEMALAM.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata keputusan itu dibuat selepas tiada petunjuk baharu selama seminggu operasi mengesan mereka dilakukan.

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus memberitahu, gerakan mengesan KHAMIZAN ZAIDI, NG CHIN HUI, CHRISTOPER TEO, YAP ZI KANG dan LEODY LEE diaktifkan sejak 2 Oktober lepas selepas satu laporan polis dibuat oleh pemilik bot terbabit di balai polis Santubong.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada waris keluarga mangsa selepas satu mesyuarat khas pasukan SAR di Santubong.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan operasi berskala kecil oleh setiap agensi penyelamat tetap dijalankan dari semasa ke semasa.

seramai 110 anggota SAR dari pelbagai agensi penyelamat dengan 14 aset air dan udara melakukan pencarian komprehensif dari Tanjung Datu sehingga ke Tanjung Sirik dengan keluasan 3,144 batu nautika persegi.

Bagaimanapun operasi itu masih menemui jalan buntu.