Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Kerajaan terus fokus sedia kediaman mampu milik Keluarga Malaysia

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 September - Agenda Perumahan akan terus menjadi fokus utama kerajaan khususnya dalam menyediakan kediaman mampu milik untuk Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Putrajaya berkata, program kediaman mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan PR1MA dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) akan terus diperkasa dan ditambah baik untuk setiap Keluarga Malaysia.

Jelasnya, perincian akan diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta Belanjawan 2022.