Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

19 pengamal media terima sijil penghargaan, jadi penghubung antara polis dan masyarakat

  • Published in Nasional

KUANTAN, 23 September - 19 pengamal media Pahang termasuk lima kakitangan RTM Pahang menerima sijil penghargaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Turut menerima sijil penghargaan adalah 400 pegawai dan anggota polis di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ia sebagai tanda menghargai peranan penting media yang menjadi penghubung antara polis dan masyarakat.

Beliau ditemui selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan IPD Kuantan.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan amanat sebelum menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan pada Selasa ini sebelum berhijrah ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.