Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

Program JENDELA terus diperkasa, pastikan capaian internet berkelajuan tinggi di seluruh negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 September - Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan terus dipergiat bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat diterima dengan cepat selain memastikan capaian internet berkelajuan tinggi di seluruh negara. 

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, usaha itu termasuk mengkaji semula secara berkala sasaran-sasaran awal yang ditetapkan seperti bilangan menara baharu yang akan dibina, menaik taraf stesen pemancar sedia ada selain menyediakan premis dengan gentian optik dan jalur lebar satelit.

Jelasnya kawasan-kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta perkampungan Orang Asli turut diberi keutamaan melalui penyediaan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit. 

Beliau menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun mengenai langkah memastikan capaian internet berkelajuan tinggi khususnya di Sabah.