Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Lelaki terjatuh ketika pasang jaring ditemukan terapung

  • Published in Nasional

LUKUT, 23 September - Mayat seorang nelayan yang dikhuatiri lemas semalam ditemukan orang awam terapung di kawasan Pantai Bagan Kurnia, Lukut pagi tadi.

Mayat, Yap Fok Swe, 64 tahun, dipercayai terjatuh ke dalam laut dari bot ketika memasang jaring kira-kira satu batu nautika dari Pangkalan Jeti Kampung Kuala Lukut Kecil.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Penguasa Bomba, Mohamad Hafiz Ahmad Termizi berkata, pihaknya terus ke lokasi penemuan mayat tersebut selepas mendapat maklumat daripada orang awam.