Logo

5 PPV dibuka untuk penerima jumpa terus di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 21 September - Lima pusat pemberian vaksin (PPV) di Johor Bahru, Johor telah dibuka untuk vaksinasi secara jumpa terus bermula semalam.

Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, ia bagi mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di negeri itu.

Ia termasuk PPV Taman Nusantara, Gelang Patah; PPV Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri; PPV Midvalley Southkey, Johor Bahru; PPV Taman Mawar, Pasir Gudang yang akan dibuka selama empat hari sehingga 24 September.

Manakala PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin dibuka sehingga 30 September.

Satu lagi PPV iaitu PPV Dewan Muafakat Johor Taman Adda akan dibuka pada 23 dan 24 September.

Kesemua PPV berkenaan menawarkan 300 dos hingga 1,000 dos vaksinasi sehari mengikut kapasiti masing-masing.

Setakat 18 September, kadar vaksinasi dos pertama di Johor Bahru adalah 96.8%.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.