Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

PICK Remaja di Pahang: 42,875 pelajar tersenarai terima suntikan di 72 PPV

  • Published in Nasional

KUANTAN, 20 September - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja mula dilaksanakan hari ini secara berperingkat melibatkan 42,875 pelajar berusia 16 hingga 17 tahun.

72 Pusat Pemberian Vaksin digunakan termasuk PPV awam, sekolah dan klinik kesihatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, program imunisasi kategori itu dijangka akan selesai akhir bulan ini bagi suntikan dos pertama.

Remaja OKU yang ditempatkan di institusi pemulihan dan perlindungan, serta remaja golongan rentan termasuk gelandangan akan menerima suntikan daripada program ‘Outreach’ vaksinasi yang akan digerakkan JKM dan sukarelawan.

Mereka juga dibenarkan hadir terus ke PPV terpilih seluruh negeri berkenaan.

Terdahulu, beliau meninjau PPV Wisma Belia, di Indera Mahkota, Kuantan.