Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

PICK Remaja: 173 SMK di Johor tersenarai

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 20 September - Seramai 295 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka, di Johor Bahru, pagi tadi.

Ia sebahagian daripada Program Imunisasi yang dijalankan di 173 SMK seluruh negeri, bermula hari ini hingga November.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, pemberian vaksin tertumpu kepada pelajar tingkatan empat dan lima, sebagai persediaan menghadapi musim persekolahan akan datang.

29 pelajar SMK Taman Daya tidak dapat mengambil vaksinasi hari ini, kerana menghadapi kekangan untuk hadir ke sekolah.

Turut menjalankan program vaksinasi hari ini, ialah SMK Kota Puteri Dua.

Manakala SMK Taman Molek, SMK Taman Daya Dua, SMK Seri Kota Puteri, dan SMK Pasir Gudang Dua, berlangsung esok.

Dalam pada itu, Mazlan turut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan ibu bapa pelajar yang melarang anak mereka mengambil vaksin.