Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

AUKUS: Malaysia teguh pertahan keamanan dan keselamatan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 September - Malaysia tetap berpendirian teguh mempertahankan keamanan dan keselamatan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik.

Ini termasuk isu-isu berkaitan perlucutan senjata nuklear, ketakcambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman.

Kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan sokongan penuh berhubung kerjasama penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Jelasnya, pendirian itu telah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lepas.

Datuk Saifuddin turut menasihati semua pihak yang berkenaan di rantau ini agar mengukuhkan kerjasama lebih aktif.

Khususnya dalam mempertahankan rantau ini sebagai rantau yang aman, stabil dan makmur sebagaimana digariskan di bawah ASEAN Outlook on Indo-Pacific.

Baru-baru ini, beliau menerima panggilan daripada rakan sejawatnya di Australia, Senator Marise Payne yang memberi penerangan berkenaan AUKUS.