Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Operasi rakan strategik JPJ: Stok lesen memandu, cukai jalan mencukupi

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 September - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan bekalan lesen memandu dan slip cukai jalan kepada rakan strategiknya adalah mencukupi.

Justeru, tidak timbul isu kekurangan bekalan terbabit.

Dalam muat naik di Facebook, jabatan itu memaklumkan telah membekalkan lebih 1.13 juta lesen kenderaan kepada MyEG, Pos Malaysia dan PUSPAKOM bulan lalu.

Untuk tempoh sama, lebih 306,000 lesen memandu turut dibekalkan kepada rakan strategik berkenaan.

Semakan mendapati jumlah bekalan terbabit masih mencukupi dan mampu memenuhi kehendak pelanggan sehingga hujung tahun.