Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Kerjasama LADA-AirAsia Super App jadikan Langkawi destinasi beli-belah bebas cukai dalam talian pertama Asean

  • Published in Nasional

SEPANG, 15 September - AirAsia Super App bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi destinasi beli-belah bebas cukai dalam talian yang pertama di Asean.

Menerusi kerjasama itu, pengguna boleh membuat pembelian dan menikmati perkhidmatan penghantaran ke seluruh hotel di Langkawi menjelang akhir bulan ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, pelanggan juga boleh membuat pembelian tiket penerbangan ke Langkawi menerusi aplikasi berkenaan.

AirAsia akan memulakan semula penerbangan ulang alik ke Langkawi dengan kekerapan 90 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu.

Sekali gus membantu merancakkan kembali sektor pelancongan dan ekonomi penduduk Langkawi.